KERTAS KERJA
PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR
DI TAMAN PUTRA PRIMA
PUCHONG
MUKIM DENGKIL DAERAH SEPANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Pembinaan Surau TamanPutra Prima d/a No 41, Taman Putra Prima,
41000 PUCHONG,
SELANGOR DARUL EHSAN
KANDUNGAN HALAMAN
Mukadimah 3
Objektif 4
Rasional 4
Ahli jawatankuasa pembinaan surau Taman Putra Prima 5
Fasa-fasa pembinaan 6-7
Cadangan pembinaan surau Taman Putra Prima 8-9
Kos pembinaan 10
Pelan tapak surau Taman Putra Prima lampiran
Pelan bangunan surau Taman Putra Prima lampiran
Kelulusan dari pihak berkuasa lampiran
Penutup 11
MUKADIMAH
Taman Putra Prima merupakan sebuah taman perumahan baru yang terletak di Puchong, Selangor. Jumlah keseluruhan unit premis bangunan ialah sebanyak 1320 buah rumah kediaman. Jumlah penduduk yang telah menetap di taman ini dianggarkan seramai 350 orang yang keseluruhannya beragama Islam.
Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk kegunaan para penduduk. Buat masa sekarang, penduduk menggunakan sebuah kedai berhampiran Taman Mas Puchong , 41000 – Puchong, Selangor untuk tujuan solat berjemaah dan aktiviti keagamaan yang lain.
Melihat kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua penduduk, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud mewujudkan sebuah surau di dalam taman perumahan ini.
Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup penghuni Islam di taman ini. Kewujudannya juga akan menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk /membina akhlak yang baik.
Maka kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran kesungguhan dan komitmen jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman Putra Prima untuk merealisasikan hasrat tersebut. Kertas kerja ini akan memberi maklumat lengkap pembinaan surau yang dimaksudkan.
Sehubungan dengan itu, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri pihak Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman Putra Prima berharap kepada sumbangan pihak-pihak yang ingin memberikan sumbangan berupa kewangan dan sebagainya demi tercapainya cita-cita seluruh penduduk di perumahan Taman Putra Prima ini.
OBJEKTIF
“Mewujudkan satu tempat ibadah untuk keperluan jemaah penduduk Taman Putra Prima Puchong serta memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesa selaras dengan tuntutan Islam”
RASIONAL
Ketiadaan surau di dalam kawasan perumahan Taman Putra Prima termasuk Taman berdekatan contohnya Taman Mas Puchong.
Memiliki tapak yang amat sesuai dibangunkan sebuah surau dan telah mendapat kelulusan pelan dari Majlis Perbandaran Sepang (salinan pelan dikepilkan).
Keperluan penduduk yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang sesuai, baik dan selesa.
Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih teratur
Kedudukan masjid berdekatan iaitu Masjid Al-Hidayah Kampung Sri Aman( Majlis Daerah Subang Jaya) ialah 3 kilometer daripada Taman Putra Prima dan dipisahkan dengan dua (2) jalan besar dan parit di mana atas faktor-faktor keselamatan boleh menimbulkan kesukaran dan kebimbangan terhadap jemaah kanak-kanak dan golongan wanita untuk menyertai sebarang aktiviti keagamaan.
Taman Putra Prima ialah sebuah taman perumahan baru dalam suasana Taman Perumahan.
Penduduk Islam Taman Putra Prima menggunakan dan berkongsi dengan Taman Mas Puchong dan bersaiz kecil.
Mempunyai modal awal sebanyak RM………………………. khusus untuk pembinaan surau sebagai janji dari pemegang amanah tuan tanah.
AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU TAMAN PUTRA PRIMA
PENASIHAT :
PENGERUSI : DATO’ SYED AHMAD HUSSEIN
TIMBALAN PENGERUSI : DR
SETIAUSAHA :MUHAMMAD YASSER ABDUL AZIZ
PENOLONG SETIAUSAHA :
BENDAHARI : MOHD HISHAM
AHLI JAWATANKUASA
AHLI JAWATANKUASA
PENTADBIRAN : Sdr EZAM / Sdr Syamsul Azri
PEMERIKSA KIRA-KIRA : Sdr FAIZ
KONTRAKTOR/PEMBINAAN/ ARAH QIBLAT :Sdr Ali Ismail
AHLI JAWATANKUASA DERMA/SUMBANGAN : Sdr Mohideen
PENYEDIAAN DOKUMENTASI
Sdri Hasliza Abu Hassan Asaari / Sdri Zuraida
FASA PEMBINAAN
Terdapat empat (4) fasa-fasa pembinaan yang telah diatur untuk pembinaan Surau Taman Putra Prima iaitu:
FASA 1
Menjalankan urusan-urusan rasmi dengan pihak-pihak kerajaan dan pihak berkuasa seperti:
Pengurusan gazet tanah dan tapak surau dari Majlis Perbandaraan Sepang dan kelulusan
Pengurusan permohonan Penentuan Arah Qiblat dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor dan kelulusan
Pengurusan permohonan kebenaran membina surau dan kebenaran memohon derma dari Jabatan Agama Islam Selangor dan kelulusan
Pengurusan memohon pengecualian cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kelulusan
Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Surau Taman Putra Prima.
Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan
FASA 2
Pengurusan memohon derma dari penduduk Taman Putra Prima
Pengurusan memohon derma dari Lembaga Zakat Selangor, Kumpulan Dana Wakaf dan Baitumal Selangor
Pengurusan memohon derma dari tokoh-tokoh korporat
Pengurusan memohon derma dari syarikat dan majikan
Pengurusan Resit dan senarai derma
Pengurusan rekod dan pengauditan
FASA 3
Pembinaan Surau Taman Putra Prima
Pemantauan dari Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan AJK terlibat
FASA 4
Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan Surau Taman Putra Prima
Pengurusan perasmian Surau Taman Putra Prima
CADANGAN PEMBINAAN SURAU TAMAN PUTRA PRIMA
SPESIFIKASI SURAU TAMAN PUTRA PRIMA
BIL
PERIHAL
KEPERLUAN DAN CATATAN
1. Kapasiti jemaah
350 orang jemaah
2.Jenis bangunan
Bangunan satu tingkat
3.Keluasan bangunan
2500 kaki persegi ( 50 X 50 ) kaki
4.Keluasan dewan bangunan solat
1200 kaki persegi ( 30 X 40 ) kaki
Struktur
Konkrit tetulang
6. Binaan bangunan
Batu bata berplaster ( reinforce )
7. Kemasan dinding
Lepaan simen ( plaster luar dan dalam )
8.Bumbung
Concrete tile and Metal deck (Kerangka bumbung jenis kayu/besi )
9. Siling 2 X 4 asbestos
10. Kemasan cat Emulsion - kelas sederhana putih
11. Pintu - Pintu gelungsur aluminium
12. Tingkap - Tingkap aluminium berkaca jernih
13.
a.dewan solat – karpet
b. teres koridor – jubin seramik
c. bilik imam – karpet
Kemasan lantai
d. bilik bilal – karpet
e. bilik siak – karpet
f. stor barangan – karpet
g. teres keliling – lepaan simen
14
a. tangki simpanan air
b. tandas lelaki – 2 unit
Bilik air/Wudhu’
c. tandas perempuan – 2 unit
d. tempat wudhu’ lelaki – 10 unit
e. tempat wudhu’ perempuan – 5 unit
BIL PERIHAL
KEPERLUAN DAN CATATAN
Single phase – 60 Amphere ( punca utama )
a. punca lampu – double fluorescent with reflector
Pendawaian letrik
b. punca kipas – kipas siling dan dinding
c. punca kuasa 13A – domestik
d. punca kuasa 15A – penyaman udara
a. longkang –
i. 6 inci dalam
ii.8 inci lebar
iii.bentuk U
b. salur air
i. UPVC gutter
c. pagar
Lain-lain
i. keliling kawasan pelan tapak
kelengkapan
d. pintu pagar
i. pintu utama
ii.2 pintu kecil
e. halaman surau
i. Pokok bagi menghijau kawasan Surau
ii. Papan Notis
iii. menurap semua kawasan halaman surau dengan batu tar
KOS PEMBINAAN
Kos keseluruhan pembinaan Surau Taman Putra Prima ialah:
RM250,000.00
( Ringgit Malaysia: Dua Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja )
SUMBANGAN
Sebarang sumbangan hendaklah ditulis atas nama:
SURAU TAMAN PUTRA PRIMA PUCHONG SELANGOR
PELAN TAPAK SURAU TAMAN PUTRA PRIMA
Seperti lampiran yang disertakan
PELAN BANGUNAN SURAU TAMAN PUTRA PRIMA
Seperti lampiran yang disertakan
KELULUSAN-KELULUSAN DARI PIHAK BERKUASA
Seperti lampiran yang disertakan
PENUTUP
Pembinaan Surau Taman Putra Prima ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua penduduk di taman ini. Kewujudan surau ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin antara sesama penduduk, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan juga para penyumbang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.
Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian para penduduk. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar pembinaan Surau Taman Putra Prima ini dapat disegerakan demi kesejahteraan penduduk.
Pihak jawatankuasa pembinaan Surau Taman Putra Prima mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Sumbangan yang disalurkan semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
Sekian.
Disediakan oleh:
JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU TAMAN PUTRA PRIMA
No 41, Jalan PP5/13,
Taman Putra Prima,
41000 – PUCHONG,
SELANGOR DARUL EHSAN
BIL NAMA JAWATAN TELEFON
TANDA TANGAN
DATO’ SYED AHMAD HUSSEIN
PENGERUSI
012-4020613
TIMB. PENGERUSI
MUHAMMAD YASSER ABDUL AZIZ
SETIAUSAHA
012-3720400